Tuesday, September 29, 2009

Allah Maha Mengetahui

~ Allah s.w.t. always replies to our Doa in 3 ways:

1 - YES

2 - Yes,but not now

3 - I have a better plan for u..

There never "NO".
Just having faith and keep praying.

Takutnya sempat ke kita nie ?

a) Mengikut hadith, umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk m enukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.... Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...

Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian...

Untuk tatapan bersama....


~Hakikat kesempurnaan~

"Sekadar perkongsian............

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut..Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam persalinan yang indah.

Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita',

Katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.


'Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kitamengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia....'.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketikapasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

'Abang akan mula dulu ya', kata suami.


Ia lalu mengeluarkan senarainya.Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...'Maaf, apakah abang harus berhenti ?' tanyanya.'Oh tidak, teruskan ...' jawab isterinya.Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

'Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu'Dengan suara perlahan isterinya berkata,


'Saya tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas saya.Bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang.....

Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya...Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang ...'

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya .....

bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.Dia kemudian tertunduk dan menangis ...


P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri.

Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?...Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong ataukita PERASAN. Kerana tiada manusia yang sempurna.. .Wallahualam'Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kitakerana kelebihan kita dan menerima segalakelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalahsangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA’ALLAH.'hargailah apa yg telah diberi...